//Forever Young
Follow Dashboard CutiePie(s)



ask me!

Betapa Kasihnya Allah Pada Wanita
Thursday, December 12, 2013 17:06 0 Atashinchi

Walaupun kita melihat tumpuan dan keistimewaan lebih banyak diberikan kepada kaum lelaki seperti dibenarkan berperang dan tidak perlu mengandung dan melahirkan anak. Namun, ada sesetengah wanita yang tidak memahaminya lantas menganggap amalan seperti menutup aurat, larangan pergaulan bebas larangan menjadi pemimpin ataupun berpoligami itu membuatkan merasa terkongkong.

Walhal, jika dikaji kesemua itu ada hikmahnya kepada mereka. Sesungguhnya, apa yang disuruh dan dilarang oleh Allah SWT itu adalah untuk memastikan keselamatannya dan tidak sesekali untuk menyusahkan.

Wanita perlu taat kepada suami, tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya tiga kali lebih utama daripada bapanya. Bukankah itu seorang wanita?

Dalam pembahagian harta pusaka, wanita menerima kurang daripada lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya, tidak perlu diserahkan kepada suaminya. Ini kerana lelaki perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anaknya.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh semua makhluk di muka bumi Allah ini. Jika meninggal kerana melahirkan, dia adalah syahid kecil.

Seorang wanita dipertanggungjawabkan oleh empat orang lelaki iaitu suaminya, ayahnya, anak lelakinya, dan saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki mana-mana pintu syurga yang disukainya dengan empat syarat, iaitu sembahyang lima waktu, puasa pada bulan Ramadhan, taat kepada suaminya, dan menjaga kehormatannya.

Seorang wanita akan mendapat pahala seperti seorang lelaki yang berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata jika dia taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawab kepada Allah.

Dalam Al-Quran, perkataan suami isteri yang Allah SWT gunakan adalah perkataan yang sama. Sedangkan bahasa lain adalah berbeza, seperti ‘suami’ dan ‘isteri’. Manakala di dalam Al-Quran, hanya satu perkataan yang digunakan untuk kedua-duanya iaitu ‘zaujah’ yang bermakna ‘pasangan’.

Rasulullah SAW ada banyak mengatakan hadis tentang wanita. Antaranya, “Syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu”. Betapa mulianya sehingga tidak dikatakan sama ada di tangan atau di sisi, bahkan di bawah telapak kaki ibu.

Allah SWT memuliakan bahagian tubuh wanita iaitu rahim. Perkataan ini diambil daripada nama Allah yang bermaksud ‘Maha Penyayang’. Betapa mulianya wanita sehingga Allah menjadikan rahim itu di dalam tubuh wanita dan di dalamnya jugalah wanita menjaga ciptaan Allah dan memberi makan kepada apa yang Allah ciptakan.

Wanita memang kurang bersolat atas sebab kedatangan haid dan nifas. Tetapi, mulianya wanita itu Allah datangkan dengan cara memberikan pahala solat sekiranya mereka dapat bersabar dengan keadaan yang tidak selesa itu. Seorang wanita yang melahirkan anak, digugurkan dosa-dosanya seperti seorang bayi yang baru lahir dan diberikan pula pahala solat percuma sepanjang berada dalam keadaan nifas.

Labels: , , , ,



Older Post . Newer Post
Template Re-Edited by Nurul Haidah. All Rights Reserved © 2013.
Photobucket