//Forever Young
Follow Dashboard CutiePie(s)



ask me!

8 Tanda-tanda Cinta Yang Bakal Layu
Sunday, August 4, 2013 23:05 1 Atashinchi


Rasanya perihal cinta tidak akan selesai dibahaskan. Cinta merupakan sesuatu yang terlalu kompleks dan hanya manusia yang bertuah serta bernasib baik berpeluang merasainya. Kehangatan bercinta terasa bila si dia dan si dia tidak jenuh merindudan bertukar janji kasih sayang. Biarpun sedetik tidak bertemu atau mendengar suara, hati tetap berasa kosong kerana angau percintaan. Sungguh romantis bukan? Tapi, bagaimana pula bila rasa cinta mula malap? Dapatkah kita merasainya? Atau lebih tepat, mahukah kita mengakuinya? Bukan mudah untuk menerima kenyataan namun sebagai manusia kita perlu bersedia. Tidak semuanya bakal berakhir dengan indah seperti kisah dongeng kanak-kanak. Dongeng juga ada yang berakhir dengan tragis...
 Jarang berkomunikasi
Mulanya di sini. Kalau dulu, anda berdua ada sahaja perkara yang ingin dibualkan, tapi sekarang sudah jarang. Tiada lagi topik yang ingin dibicarakan, malah anda berdua seperti malas mahu bersuara. Kekerapan mendapat panggilan telefon ataupun bertemu janji sudah mula berkurangan dengan drastik. Hati-hati, ini tanda kecil.

 Kerap bertengkar
Sudahlah jarang berbual, bila ingin berbicara lain pula jadinya. Mulalah pertengkaran yang terlalu sering terjadi. Dengan secara tiba-tiba, pendapat anda berdua asyik bercanggah. Dia mahukan ini ,dan anda pula mahukan yang itu. Lebih parah bila setiap yang anda tengkarkan tiada jalan penyelesaian.

  Curang
Apa lagi yang perlu anda selidik? Kalau dengan terang anda sudah tahu bahawa kecurangan bergerak bebas dalam perhubungan anda berdua, janganlah buang masa. Seperti nyanyian Ziana Zain, “Apa gunanya bercinta di dalam kepura-puraan?”. Sekiranya anda sendiri sudah mula curang dan dia juga menunjukkan belang memasang tyre keliling pinggang, alamat accidentlah perhubungan kamu!

 Berbohong dan hilang kepercayaan
Perhubungan yang sihat tidak seharusnya dicemari dengan noda dusta dan kepalsuan. Kalau sayang berterus-terang, kalau benci baiklah berhenti. Jika kamu dapati dia sudah mula menipu atau ada sendiri mula berdusta, lebih baik anda putuskan sahaja hubungan anda berdua. Trust is very important in a relationship.

 Sering berfikir tentang orang lain
Ini juga tidak memerlukan nasihat pakar untuk diberikan kesimpulan. Sekiranya anda dapati bahawa anda sering berfikir dan angau tentang seseorang (selain daripada buah hati kamu), ini beerti anda sudah mula melupakan si dia. Kalau betul anda cintakan dia, pasti dia sentiasa di hati bukan?

 Bosan
Oh, yang ini sudah agak kritikal. Tatkala anda mula merasa bosan melihat pasangan anda, ini mungkin bererti anda juga sudah bosan dengan kasih sayang yang dikongsi selama ini. Anda sepatutnya tidak merasa jenuh menatap suara wajah atau mendengar suara kekasih sendiri! Andai ini yang anda rasai, ucapkanlah selamat tinggal pada si dia.

 Mengelak
Setelah bosan dengan sikap dan kerenahnya anda mula mengelak dari bertemu atau berbual dengannya. Anda lebih selesa bila tidak berbicara dengannya. Malah lebih gembira bersama teman-teman yang lain. The love is definitely fading if this starts to happen.

 Benci
Inilah kemuncak segala-galanya. Ada orang putus hubungan dengan cara yang baik dan masih kekal bersahabat. Namun apabila anda berdua sudah mula merasa benci terhadap satu sama lain, itu adalah pembayang muktamad. Sebelum anda berbunuh-bunuhan, putuskan sahaja hubungan. Sekurang-kurangnya ia tidak akan berakhir dengan kematian atau kecederaan. Maklumlah, zaman sekarang macam-macam boleh berlaku.

Labels: , ,



Older Post . Newer Post
Template Re-Edited by Nurul Haidah. All Rights Reserved © 2013.
Photobucket