//Forever Young
Follow Dashboard CutiePie(s)



ask me!

20 Sikap Aneh Perempuan
Friday, January 4, 2013 22:16 5 Atashinchi
 
1. Apabila seorang gadis mengatakan dia sedang bersedih tetapi tidak menitiskan air mata, maka dia sedang menangis dalam hatinya.
 
2. Apabila gadis yang anda cinta tidak menghiraukan anda selepas disakiti hatinya, adalah baik anda beri dia masa sebelum sebelum menegurnya dengan ucapan maaf.
 
3. Seorang gadis sukar mencari perkara yang tidak elok yang tentang orang yang disayanginya. Sebab itulah perempuan lebih mudah patah hati apabila hubungan cintanya terputus di tengah jalan.
 
4. Hati seorang gadis akan mudah cair seperti coklat andai lelaki yang disukai dan dicintainya merenung tajam ke dalam matanya.
 
5. Satu ucapan ‘Hai!’ sahaja sudah cukup untuk menceriakan hatinya.
 
6. Jangan sesekali mengagak apa yang seorang gadis rasakan, tanyalah padanya sendiri!
 
7. Teman baiknya sahaja yang tahu apa yang dirahsiakannya mahupun apa yang sedang dilaluinya.
 
8. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood seorang gadis.
 
9. Senjata seorang gadis adalah air mata.
 
10. Sekiranya gadis itu jatuh cinta dengan seorang jejaka, percayalah bahawa lelaki itu sahaja sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia keluar dengan lelaki lain.
 
11. Setiap gadis sukakan pujian, tetapi selalu tidak tahu bagaimana untuk menerima pujian.
 
12. Jika anda tidak suka dengan gadis yang sukakan anda separuh mati, tolak cintanya dengan lembut. Jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri seorang agadis yang anda tidak akan tahu. Apabila dia sudah membuat satu keputusan, dia akan lakukan apa sahaja.
 
13. Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri  dari anda selepas cintanya ditolak, biarkan dia untuk seketika. Kemudian, sekiranya anda masih ingin menganggapnya sebagai kawan, cubalah tegur dia perlahan - lahan. 
 
14. Si gadis suka meluahkan rasa hati mereka. Muzik, puisi, lukisan, dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan rasa hati mereka.
 
15. Perempuan sekuat mana pun egonya atau setinggi mana kedudukannya, dia tetap akan tewas dengan cinta seorang lelaki.
 
16. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi seorang perempuan. Jadi jangan senyum sembarangan.
 
17. Perempuan paling benci lelaki yang berbaik - baik dengan mereka hanya kerana untuk tackle kawan mereka yang paling cantik.
 
18. Seorang gadis menganggap cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur, dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
 
19. Selepas seorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya, ‘kenapalah aku tidak jumpa lelaki ini lebih awal’. 
 
20. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya, tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya.

Labels: ,



Older Post . Newer Post
Template Re-Edited by Nurul Haidah. All Rights Reserved © 2013.
Photobucket